Isteri tk boleh bau syurga, Minta Cer4i Sbab Suami Kahwin Lain? Ini Ayat padv UAI
Isteri tk boleh bau syurga, Minta Cer4i Sbab Suami Kahwin Lain? Ini Ayat padv UAI
Sudah menjadi satu lumrah dalam menjalani alam rumah tangga. Hal ini kerana sudah pastinya akan terdapat perselisihan faham antara pasangan. Kebanyakkan pada awal perkahwinan semuanya manis, namun setelah melebihi beberapa tempoh tertentu akan melangkah satu fasa yang dipanggil bosan akan pasangan sendiri.
Walau bagaimanapun, setiap pasangan pastinya mahu yang terbaik dan tidak mahu mengakhiri mahligai yang dibina dengan perceraian. Tetapi boleh kah isteri yang meminta cerai kepada suami atas sebab suami curang atau atas sebab apa yang membolehkan isteri minta cerai? Haaa, jom teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan. USTAZ AZHAR IDRUS JELAS 5 SEBAB ISTERI MINTA CERAI TAPI TAK DOSA.
Mana-mana isteri yang sengaja minta cerai kepada suaminya tanpa kejahatan apa-apa maka dia diharamkan masuk syurga maknanya masuk neraka lah. Melainkan jika dibenarkan syarak.
Ada 5 perkara biasa yang boleh menyebabkan orang perempuan boleh minta cerai dan tidak berdosa: 1. Suami tidak beri nafkah. Makan minum pakaian tidak beri.
2. Suami melarang melakukan yang wajib. Melarang menutup aurat, larang pakai tudung, larang sembahyang, larang puasa.
3. Suami suruh buat haram . Suruh minum ketum, suruh liwat dan sebagainya.
4. Suami dera. Dera maksudnya sampai patah habis pecah muka bini disepak ditumbuk.
5. Suami dipenjara. Ada negeri 3 tahun ada negeri 4 tahun. Kalau penjara 2 bulan tak boleh lah minta cerai
Kalau suami curang, kita tegur suami. Kalau suami tak jadi apa juga, masih melakukan perkara haram maka kita minta mahkamah syariah beri kaunseling suami. Kalau degil juga maka terpulang kepada kita. Ada alasan yang munasabah.
Apa hukum isteri minta cerai. Sebab dibolehkan dan tak boleh. Dengarkan penjelasan daripada Ustaz Azhar. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Apa hukum isteri minta cerai. Sebab dibolehkan dan tak boleh. Dengarkan penjelasan daripada Ustaz Azhar. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua
Orang ketiga, perbalahan berpanjangan antara alasan cer4i Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan suaminya, Syamsul Yusuf kerana sudah tidak ada persefahaman di antara mereka dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.
“Tambahan pula, saya bersama anak-anak saya tidak lagi tinggal bersama suami saya, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin kami di Taman Melawati.
“Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga dan hubungan sulit defendan (Syamsul) sehinggakan defendan juga telah lama dan lebih dahulu tidak pulang ke rumah rumah kelamin tersebut.
“Oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak, saya percaya bahawa jika (perkahwinan) diteruskan mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak,” katanya.
Alasan-alasan tersebut dinyatakan Puteri Sarah dalam dokumen permohonan cerai yang difailkan wanita itu di Kaunter Pendaftaran Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu, kes itu akan disebut di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Akmalludin Ilyas pada 7 Mac ini.
Menurut peguam terbabit, pada tarikh tersebut Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Shamsul Mohd. Yusuf perlu hadir ke mahkamah dan menyatakan pendiriannya.
“Kalau Syamsul setuju dengan permohonan Sarah, maka lafaz cerai akan dibuat pada hari berkenaan. Sekiranya Syamsul tidak bersetuju, ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti melantik hakam dan sebagainya,” kata peguam itu.
Pada 10 Januari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana beliau tidak rela dimadukan. Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 di Masjid Al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara dekat sini.
Syamsul pula dalam satu temu bual media berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah malah meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahu.