“Pergi pada pukul 1.50 pagi..” – Vokalis kump FIybaits hembuskn nafas terakhir, anaknya ada katakan sesuatu



“Pergi pada pukul 1.50 pagi..” – Vokalis kump FIybaits hembuskn nafas terakhir, anaknya ada katakan sesuatu


VOKALIS kumpulan Flybaits iaitu Atan dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Singapura akibat sakit tua pada pukul 1.50 pagi Isnin.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Rezza Khan, 41, yang memaklumkan Allahyarham sudah tiga minggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hopsital berkenaan disebabkan tahap kesihatannya merosot.

Bercakap tentang perjalanan karier arwah, Rezza menyifatkan bapanya sebagai seorang pencinta muzik yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan orang ramai.

Malah lebih 10 tahun Atan terlibat mengajar muzik secara percuma kepada komuniti setempat dan kanak-kanak.

“Dia seorang yang sangat sukakan muzik. Memang sudah tidak banyak terlibat dengan persembahan berskala besar, namun dia aktif mengajar muzik secara percuma kepada komuniti.

“Dia juga sempat merakamkan lapan buah lagu genre ketuhanan bersama beberapa orang artis dari Singapura dan Indonesia tahun lalu,” ujarnya.

Atan atau nama sebenarnya Ahmad Osman merupakan salah seorang vokalis Flybaits selain Fredo dan kumpulan ini popular dengan lagu-lagu seperti Kasih Berubah dan Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Selain bertindak sebagai vokalis, Atan juga merupakan pemain trumpet dan keyboard bagi kumpulan tersebut.

Sumber : Mstar

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..