“Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat2 Cukuplah..” Pesanan ibu syamsul buat lra? Ira Kazar sentap..


Sebelum ini, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail bertindak mengunci mulut dan enggan lagi memberi sebarang respon terhadap pernikahan kedua anaknya bersama Ira Kazar.

Respon isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu dipercayai kerana terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang mengabaikan anak dan isteri sendiri demi orang ketiga.

Terbaru, Datin Patimah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram Story menyatakan dia hanya ada tiga orang menantu yang hebat-hebat iaitu Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.

Bersama hantaran itu, beliau menyertakan latar belakang instrumen Penyejuk Hati daripada Asraf Studio.

 



Terdahulu, beliau sebagai ibu mentua banyak memberikan semangat kepada menantunya, Puteri Sarah yang menghadapi pelbagai ujian sejak empat tahun lalu.

Beliau mengharapkan menantu kesayangannya itu menemui bahagia kerana tak sanggup lagi lihat Puteri Sarah terluka.

Terdahulu, Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memohon supaya dirinya tidak diganggu berhubung isu tuntutan cerai menantunya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Patimah berkata, dia enggan kenyataan yang bakal dikeluarkan akan membuatkan dia pula dihina netizen.

Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian netizen terhadap setiap komen ditulisnya berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dengan Ira Kazar.

Sejak berita perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar di Thailand hangat diperkatakan, Patimah juga didapati meninggalkan beberapa komen di media sosial, terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Komen Patimah menjadi perhatian dan hangat di portal-portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.

Sumber : ohmedia