Bakal tuntut dimahkamah? Disindlran bkas isteri, ini ayat padu Fizo ‘Meroyan sorang2..’


Bakal tuntut dimahkamah? Disindlran bkas isteri, ini ayat padu Fizo ‘Meroyan sorang2..’

3 tahun sejak berpisah pada 2019 lalu, perselisihan faham bagaimanapun telah tercetus antara Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim. Pada minggu lepas, wanita berusia lingkungan 30-an itu dilihat telah membalas satu kecaman netizen di Instagram.

Hidup sekarang lebih tenang sebab duit tak lesap, berbanding dulu faham-fahamlah. Terkilan kehidupannya ibarat dibandingkan dengan bekas suami dan isteri baru, Mawar menafikan dirinya tidak bahagia.

Dia turut berkata sekarang keadaannya jauh lebih baik dan tidak mungkin segala masalah yang pernah dihadapi dulu mahu dicanangkan kepada umum. ‘Memang itu ditujukan pada saya…Tk gentle main media sosial meroyan sorang-sorang’.

Seakan disindir dengan kenyataan berbaur fitnah, semalam aktor tersebut ada membuat ulasan lanjut bersama wartawan ‘Melodi’. Awalnya, Fizo cuma mengetahui hal terbabit setelah diberitahu oleh pekerjanya. Andai dakwaan yang ditulis itu benar, dia mencabar Mawar untuk terus mengemukakan bukti tanpa perlu berkias-kias lagi.

Manusia sabar ada tahap…Ingat negara kita ada undang-undang. Menyifatkan tindakan Mawar sebagai “tidak gentle”, Fizo tidak teragak-agak mengambil tindakan memandangkan sindiran sebegitu mampu rosakkan reputasinya.

Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, dia berpesan agar bekas isterinya tidak terlalu beremosi ketika mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jika ada masalah sekali pun, dia terbuka untuk berbincang secara baik.

Terdahulu, Mawar, 34, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dirinya tidak lagi secantik seperti mana ketika dia dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.

Dalam masa sama, dia juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerang dirinya.

Bukan itu sahaja menerusi komen yang ditulis, individu itu turut memuji kehidupan Fizo kini dilihat lebih bahagia bersama isteri bagi perkahwinan keduanya dengan Fazeera Nazri.

“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?

“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.

Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah MAWAR KARIM USAHAWAN.

Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Sumber : pnews