“Dia cakap dia taknak kahwin saya selagi..” – Baru Sahaja bertunang.. Tak sangka Anju dedah Syarat Tunang sebelum berkahwin…
“Tunang cakap kalau selagi tak turun sampai 55kg, dia tak nak kahwin lagi guys … Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabar la ye,” itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju secara berseloroh.
Zarina yang kini bahagia harmoni dengan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey itu tampil berkongsi perkembangan terkininya di laman Instagram.
Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi wargamaya yang terhibur dengan apa yang dimuat naik ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Sementara itu di Insta Stories, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul turut bersyukur atas kehidupannya kini.
“Ramai cakap ‘Anju you look happier now.’ Alhamdulillah yes I am indeed happy. I found someone who can love me for ME. And can accept my flaws. Martin pun happy dapat ‘kakak ekspres’,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Zarina dan Khazrul Elzey selamat bertunang pada Januari lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac depan.