Ya, saya gagal bercerai Selasa Hari ini - Puteri Sarah
Ia sepatutnya difailkan pada Khamis, namun tertangguh ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.
Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.
Ditanya sama ada pelakon itu akan hadir di mahkamah bagi permohonan cerai tersebut, Akberdin berkata, ‘pasti hadir’.
Dua hari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.
Syamsul pula dalam satu temu bual eksklusif media berkata, dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Pengarah itu turut meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakansejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu